[VIDEO] Suami Hanyut Banjir Akhirnya Dijumpai, Isteri Hamil Meraung Usap Perut

Kira-kira 2 hari lalu, satu tragedi mengejutkan telah menimpa sebuah keluarga kecil ini apabila kereta yang dinaiki hanyut dibawa banjir. Ketika kejadian, suami isteri tersebut sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah majlis perkahwinan dilaporkan cuba untuk menyeberang sebatang jalan yang telah pun digenangi air.

Sempat pecahkan tingkap kereta untuk selamatkan isteri… Suami masih terperangkap

Insiden yang berlaku di Batu 18 Jalan Kluang-Kahang menyaksikan Md Rajihan Junaidi sempat memecahkan tingkap kereta dinaiki bagi menyelamatkan isterinya. Selepas itu, wanita hamil tersebut berpaut pada tiang pagar sebuah kebun sambil menjerit meminta orang ramai untuk membantu suaminya yang masih terperangkap.

Suami hanyut bersama kenderaan.. Jasad akhirnya ditemui

Walau bagaimanapun, Md Rajihan tidak berjaya bertahan sebelum hanyut bersama kenderaan berkenaan. Selepas seharian pihak Bomba dan Penyelamat Kluang menjalankan usaha mencari, jasad lelaki tersebut akhirnya berjaya ditemui kira-kira 15 meter dari keretanya yang terbenam.

Sebak si isteri lihat jasad suami.. Sambil usap kandungan pertama

Suasana sebak menyelubungi kawasan kejadian apabila ahli keluarga terdekat bersama isteri Allahyarham hadir membuat pengecaman awal. Dengan langkah penuh lemah, wanita itu meraung menangisi pemergian berkenaan sambil mengusap kandungannya yang juga anak pertama mereka. Jasad suaminya telah pun selamat dikebumikan semalam di Kampung Parit Nipah Darat, Parit Raja.

 

Sumber: Youtube Buletin Utama, Twitter Cili Api Pedas & Facebook Aku Budak Kluang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*