[VIDEO] Sangkut Banjir, Hafiz Mahamad Sebak Ramai Bantu Bagi Lampin & Susu Anak

Gara-gara hujan berpanjangan yang melanda beberapa negeri semalam, lebuh raya turut terjejas apabila air naik mendadak. Ekoran itu, ramai pengguna turut terkandas apabila tidak dapat meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing termasuklah seorang instafamous Hafiz Mahamad.

Terkandas di Raub, nak jalan semua air dah naik tinggi.. Pusing balik Kuala Lipis

Personaliti media sosial tersebut dalam perjalanan pulang ke ibu negara dari Kelantan bersama isteri dan juga anaknya. Walau bagaimanapun, urusan mereka tersekat apabila terkandas di Raub, Pahang selepas jalan utama berkenaan dinaiki air setinggi hampir 1 meter. Oleh sebab itu, mereka terpaksa pusing balik ke Kuala Lipis untuk mencari tempat berteduh.

Tak senang duduk susu dan lampin anak habis.. Nasib ramai datang tolong

Lebih membimbangkan apabila stok susu dan juga lampin anaknya, Raisya Arisya juga telah kehabisan. Puas mencari namun banyak kedai yang tutup di kawasan sekitar disebabkan banjir. Walau bagaimanapun, Hafiz telah didatangi beberapa pengguna lain yang turut terkandas sebelum ditawarkan bekalan keperluan bayi diinginkan.

Asbab suka tolong orang, kalini Hafiz pula dibantu. Bezanya cuma cepat atau lambat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat perkongsian berkenaan. Jelas mereka, mungkin itu adalah balasan baik diterima Hafiz atas sikapnya yang sering membantu ahli keluarga, sahabat handai dan ramai lagi insan susah sebelum ini.

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*