[VIDEO] ‘Awek’ Datang Minta Izin Kawan Dengan Suami, Rupanya Ada Suprise Lain

Sesekali mendapat suprise daripada suami sayang pasti membuatkan perempuan berasa cukup teruja. Usaha yang mungkin terlihat kecil itu bakal menjadi kenangan terindah dalam sebuah perkahwinan. Tapi siapa sangka kejutan yang diterima seorang wanita ini membuatnya menitiskan air mata.

Tiba-tiba perempuan datang nak minta izin kawan dengan suami.. Muka cuak habis

Menerusi sebuah perkongsian video TikTok @deechanteq, Nisa telah didatangi seorang perempuan yang mahu bersemuka dengannya. Tujuannya adalah untuk meminta izin berkenalan dengan si suami. Wanita itu yang kelihatan terkedu beberapa kali mengalihkan pandangannya seperti sedang mengawal perasaan sehabis baik.

@deechanteq

mlm ni kit keja overtime ,,1.00am 02/01/2021..Husband kt sabah buat surprise utk wife…sorry prank kasaq sikit sbb requested by her husband🥴

♬ original sound – MANA||MILIK||KITA – MANA||MILIK||KITA

Sekali last-last cuma prank je, suami berpakat nak kenakan isteri sendiri

Dengan nada yang cukup berat sambil mengukir senyuman, si isteri memberikan izinnya. Walau bagaimanapun adegan itu bertukar drama air mata apabila perempuan berkenaan telah mengeluarkan ‘kejutan’ sebenar berupa belon dan juga kek ulang tahun daripada lelaki tersebut. Tak disangka-sangka, dalang utama adalah suami sendiri yang sedang bertugas jauh di Sabah.

@deechanteq

Dia nk arwahkan suaminya😂spjg jln bcng dgn TUAN ni,, katanya wife dia ratu airmata.tlg buat dia smpi ngis dee so setelah dipersetujui makanya part 2.

♬ original sound – MANA||MILIK||KITA – MANA||MILIK||KITA

Tak berani nak suruh prank isteri aku, takut ada kek yang lingkup atas muka

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cuak dengan plot kejutan yang dilakukan oleh perempuan berkenaan. Selain itu, mereka turut memuji tindakan si isteri yang serba tenang dalam mengendalikan situasi tersebut.

Sumber: TikTok Dee Chanteq

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*