“Bekas isteri tak nak ambik tahu..”- Pengantin 15 Tahun Kahwin Tidak Jemput Ibu Kandung, Bapa Beri Penjelasan.

Sebelum ini, pasangan muda yang mendirikan rumah tangga di Tanah Merah, Kelantan, berkongsi kisah bagaimana bibit cinta di antara mereka berdua timbul. Jelas pasangan tersebut, semuanya bermula apabila Ahmad Faris membeli kabel telefon secara dalam talian dan mereka berjumpa buat kali pertama selepas barangan yang dipesan itu dihantar ke rumah

Terbaru, timbul pula kontroversi apabila bapa kandung pengantin perempuan didakwa tidak menjemput bekas isterinya ke majlis perkahwinan anak mereka baru-baru ini.

Tidak rapat dan jarang berhubung

Menerusi laporan Harian Metro, ayah kepada pengantin perempuan iatu Mohd Muhizan memberitahu bahawa dia telah menelefon bekas mentuannya dan menjemput keluarga sebelah sana untuk menghadiri majlis resepsi anaknya. Tambahnya, dia dan bekas isteri telah berpisah sejak 10 tahun lalu dan seorang lagi anaknya telah dijaga oleh bekas mentuanya. Ujarnya lagi, bekas isteri tidak menetap di Kelantan dan hubungan dengan anak-anak juga tidak rapat sejak dari itu.

Pernah terfikir perasaan ibu?

Terdahulu, viral di media sosial apabila seorang wanita mendakwa dirinya merupakan ibu kandung kepada Nurin. Wanita tersebut meluahkan kesedihan dan kecewa berikutan tidak dimaklumkan mengenai perkahwinan anak sulungnya itu dan memberi bayangan seolah-olah tidak merestui hubungan terbabit.

Susulan daripada itu, Mohd Mohizan turut menjangka isu tersebut akan timbul dan dia tidak pasti motif sebenar bekas isteri untuk menghebahkannya di media sosial. Mohizan juga didakwa terkejut kerana bekas isterinya tidak menghubunginya secara langsung. Di samping itu, dia berharap bekas isteri dapat bersemuka dengannya bagi menjernihkan semula hubungan dan mendoakan kebahagiaan rumah tangga anak mereka.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*