Akaun Instagram dicuri, anakanda Agong jadi mangsa ugut ‘hacker’ luar negara

Pengguna media sosial ketika ini sememangnya sudah meluas k eserata dunia. Boleh dikatakan bahawa media sosial adalah salah satu cara untuk kita berkongsi atau mendapatkan maklumat seiring dengan perkembangan teknologi.

Namun, masih ada yang berniat jahat dengan menganiya individu lain dengan melakukan pencerobohan data atau hack ke akaun-akaun media sosial seseorang.

Instagram Tengku Ahmad kena hack

Sejak pagi tadi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memuat naik kejadian yang menimpa Tengku Panglima Pahang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah apabila menjadi mangsa hacker tidak bertanggungjawab.

Akaun tidak boleh diakses

Menurut keluarga Diraja itu, Instagram Tengku Ahmad telah dicuri oleh hacker sehingga baginda tidak dapat menggunakannya. Menurut Pemangku Raja Pahang, kejadian yang menimpa adindanya itu merupakan salah satu buli cyber kerana menyusahkan orang lain.

Dalam IG story Tengku Hassanal lagi, baginda memaklumkan bahawa pihak tidak bertanggungjawab itu telah menghantar mesej di aplikasi WhatsApp Tengku Ahmad dan cuba mengugut dengan mengatakan akaun Instagram baginda ada di dalam genggaman mereka.

Hentikan buli cyber!

Jadi, Tengku Hassanal meminta agar semua pihak menghentikan gejala yang tidak sihat seperti itu kerana buli cyber juga merupakan salah satu perkara yang tidak baik dan jenayah yang boleh menyebabkan individu tersebut didakwa.

Instagram tolong improve kualiti

Pemangku Raja Pahang turut meminta supaya pihak Instagram khususnya lebih peka dan menjaga kualiti aplikasinya agar pencerobohan data tidak mudah dilakukan sesuka hati.

Sumber: Airtangan_Tunku Azizah, Tengku Hassanal Shah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*