[VIDEO] Suami Rela Masih Pakai Seluar Koyak, Asalkan Anak-Anak Cukup Makan

Sudah menjadi lumrah apabila berumah tangga, tumpuan seorang suami pasti lebih fokus kepada kebajikan isteri dan juga anak-anak. Terkadang sehingga lupa akan keperluan, lebih-lebih lagi kehendak diri sendiri. Manakan tidak, mereka tidak kisah perlu menyarung seluar koyak asalkan ahli keluarga cukup makan pakai.

Dah koyak pun still pakai lagi seluar, siap dah banyak kali jahit

Tatkala si suami sedang berehat di ruang tamu rumah, wanita bernama Shazwani Shariman ini ternampak sesuatu menghibakan apabila lelaki tersebut masih menyarung seluarnya yang kelihatan agak lusuh. Bukan itu sahaja, pakaian tersebut juga sudah berjahit memandangkan sudah berkali-kali koyak.

Tak suka membazir, duit yang ada minta utamakan  keperluan anak-anak

Meskipun pernah ditegur olehnya agar seluar itu ditukar baru, namun suaminya tetap berkeras masih mahu memakainya selagi ia boleh dijahit dengan baik. Sebaliknya, pendapatan hasil kerja yang diperolehi pula akan diutamakan pada keperluan anak-anak mereka.

@shaaiman_96

dialah suami 😌 #pengorbananseoranglelaki #suamiku #suamiisteribahagia

♬ original sound – ShopianMuhammad – ShopianMuhammad

Lelaki macam ni lah yang akan bahagia bersama isteri sampai ke tua

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup sebak dengan perkongsian tersebut. Malah ramai pihak yang boleh mengaitkan pengorbanan lelaki tersebut dengan ahli keluarga masing-masing. Dalam pada itu, mereka turut memuji suami Shazwani kerana selalu mengutamakan ahli keluarga lebih daripada diri sendiri.

Sumber: TikTok Sha Aiman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*