[VIDEO] Duduk Dengan Nenek, Ibu Kecewa Anak Perempuan Dibotakkan Tanpa Izin

Memandangkan kebanyakan ibu bapa masa kini sibuk dengan kerjaya masing-masing, membuatkan mereka tiada pilihan selain menggunakan khidmat pengasuh. Tidak kurang juga yang mengharapkan ihsan datuk nenek untuk menjaga anak-anak mereka seperti yang dilakukan oleh wanita dari Indonesia ini.

Suami isteri terkilan bila dapat tahu rambut anak perempuan dibotakkan tanpa izin

Disangka si anak baik-baik sahaja berada di bawah jagaan ibunya, ternyata wanita berkenaan dikejutkan dengan satu insiden ‘luar jangkaan’. Menerusi sebuah video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, Novilia Sari meluahkan rasa terkejut gara-gara rambut anak gadisnya telah dibotakkan si nenek tanpa izin. Bukan itu sahaja, dapat dilihat reaksi kecewa suaminya ketika dimaklumkan mengenai hal itu.

@mamaghan

Aku sama suamiku hari ini sedih banget😭 Ya Allah

♬ original sound – TDAC📽OFFICIAL – BATTLE ZONE

Reda dengan apa yang berlaku. Takpe, anak mama tetap cantik..

Meskipun keadaan rambut si kecilnya tidak sekata dan lebat, namun ia masih cantik selain tak perlu untuk dicukur botak. Walaupun sedih, dia dan suaminya kini reda dengan apa yang telah berlaku. Dalam pada itu, warga emas berkenaan mendedahkan bahawa tindakan itu dilakukan supaya selepas ini rambut cucunya akan tumbuh dengan lebat.

@mamaghan

Part II ❣️👶🏻❣️ aku sama suami udah gpp guys, anak kita sangking lucunya bikin kita ketawa terus… td tu kita kaget aja pulang2 udh botak😊

♬ original sound – TDAC📽OFFICIAL – BATTLE ZONE

@mamaghan

😇Part III😇 ini kata mama aku🥰

♬ original sound – Novilia Sari – Novilia Sari

Pernah juga kena botak sebab nanti akan tumbuh rambut lebih lebat..

Meraih lebih enam juta tontonan, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati dengan nasib kanak-kanak berkenaan.  Di samping kagum dengan sikap si ibu, ada antara mereka turut berkongsi pengalaman sama dicukur orang tua kerana mahukan rambut tumbuh dengan lebat.

Sumber : TikTok noviliasari21

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*