“Takde Rasa Apa² eh LeIaki Sentuh Camtu” – Vdeo Tarian Sakinah Dikritik Netizen

Pelakon Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired atau lebih dikenali dengan gelaran Sharifah Sakinah.

Dia memang tidak asing lagi dengan pelbagai kontroversi hangat.

Terdahulu, baru sahaja timbul isu dirinya dikaitkan sebagai perampas suami orang.

Kini dia memuat naik sebuah video tarian yang membuatkan peminatnya berasa kurang senang.

Pada kapsyen postingdi Instagram berkenaan, Sakinah menulis bahawa dia berharap agar Pencetus Ummah (PU) tidak memarahi tindakannya itu.

Seakan-akan dia sudah tahu dirinya bakal dikecam warganet.

“Sebelum nak ambik mood berlakon memang macam ni .

Nasib baik crew semua melayan
Harap harap PU PU tak marah ya hehehe,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ramai warganet membanjiri ruangan komen dengan pelbagai teguran kerana aksinya itu kelihatan tidak manis.

Ini apabila lelaki bukan mahram bersentuhan dengan seorang wanita apatah lagi seakan-akan ‘berpelukan’.

Jangan sampai Allah bagi musibah

Takde rasa apa2 eh lelaki sentuh camtu

Di samping itu, ada juga warganet yang memberi komen positif dan memuji kelunakan suara pelakon berusia 31 tahun itu.

Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan juruterbang Alif Adha Jamil dan dikurniakan seorang cahaya mata sebelum berakhir dengan penceraian.

Kini, Sakinah dikhabarkan menjalin hubungan cinta bersama seorang jejaka warga Sweden bernama Michael Hansen.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Sumber Video Lihat di: ig Sharifah Sakinah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*