Tak Terkilan Tiada Majlis Besar, Ayda Jebat & Nabil Mahir Ingin 13 Orang Anak

Umum mengetahui selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir bakal menamatkan zaman bujang pada 1 Januari 2021 iaitu pada hari Jumaat. Terbaru, kedua-dua artis ini telah berkongsi perancangan mereka selepas melayari bahtera rumah tangga nanti.

Merupakan nombor kegemaran… sukakan budak-budak kalau rezeki seolah mimpi jadi kenyataan

Memetik laporan Harian Metro, Ayda Jebat dan Nabil Mahir menyatakan hasrat mereka untuk memiliki 13 orang cahaya mata. Jelas Nabil, ia merupakan nombor favourite selain daripada menginginkan sebuah keluarga yang ramai. Walau bagaimanapun, bilangan anak bukanlah sesuatu yang menjadi keutamaannya kerana paling penting adalah kesihatan cahaya mata mereka nanti. Dalam pada itu, bakal isterinya pula tidak menolak rezeki jika ditakdirkan untuk bergelar seorang ibu dalam masa terdekat.

Bakal bernikah pada 1 Januari ini… tak rasa terkilan walaupun majlis diadakan secara sederhana

Walaupun majlis mereka nanti tidak diadakan diadakan secara besar-besaran, selebriti yang berusia 28 tahun ini tidak terkilan malah berasa lebih baik ia berlangsung dengan sederhana sahaja. Selain tidak mahu mengambil sebarang risiko, dia turut memaklumkan bahawa majlis akad nikah akan dihadiri 50 orang tetamu sahaja. Terdahulu, couple ini telah mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu menerusi aplikasi Google Meet mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*