Gadis Ini Gigih Selamba Angkat Angkat Sawit Tolong Ayahnya, Ramai Lelaki Belumba Untuk Jadikan Gadis Ini Sebagai Isteri

Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita berbagi kasih, ia tetap rahsia Allah.Perkahwinan itu satu sunnah. Namun, cepat atau lambat bukanlah menjadi tugas kita untuk menentukan. Allah Maha Mengetahui.

Dia yang menjaga kunci hati setiap hamba-hambanya. Dia Maha Mengetahui waktu yang sesuai seorang hamba menempuhi alam perkahwinan.

Seperti kita tahu pekerjaan di sektor perladangan kebiasaannya sinonim dengan kaum lelaki memandangkan ia memerlukan kudrat yang kuat.

Perlu berdepan cuaca panas di kawasan ladang, sudah tentu pekerjaan tersebut tidak menjadi pilihan kaum wanita. Namun, jangan memandang rendah jika ada wanita mampu bekerja di ladang.

Baru-baru ini tular video TikTok seorang gadis yang bernama Rachel yang tidak kekok mengangkat buah sawit ke atas kereta pacuan 4 roda.

Menerusi video berkenaan, gadis itu memberitahu pekerja di kebun sawit bapanya bercuti untuk pulang ke kampung dan dia turun padan membantu ayahnya.

Diruangan komen video tersebut, rata-rata netizen mengagumi kudrat dimiliki gadis berkenaan. Malah ada yang mahu berkahwin dengan Rachel dan tidak kisah jika hantarannya mahal sekalipun.

Kata netizen lagi, bukan senang nak cari wanita seperti Rachel yang bukan sahaja cantik tetapi pandai melakukan kerja kampung.

SUMBER: TikTok Rachel

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*