Resepi Mudah Cara Cara Buat Begedil Ayam Sedap

Cara-cara memasak nya:

Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu.

Sementara itu tumiskan bawang besar dan masukkan daging ayam kisar dan masak sehingga separuh masak.

Satukan kesemua bahan bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Ambil sedikit adunan dan kepal kepalkan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.

Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kocak kocakkan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas sehingga berwarna keemasan.

Guna api sederhana je. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah begedil tidak pecah, gorengnya pun lawa. Bila dah masak, angkat dan toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.

Jika ada lebih, boleh digoreng separuh masak dan dimasukkan ke dalam bekas bertutup sebelum disimpan di dalam freezer. Bila nak makan, dikeluarkan dan goreng seperti biasa.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: ontrenz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*